SELAMAT HARI IBU... HARI-HARI HARI IBU

Assalamua'laikum, salam hujung minggu semua. Ramai yang wish selamat hari ibu pada hari ini. Terpulang pada pendapat masing-masing. Tapi pada saya hari istimewa untuk ibu bukan hanya satu tarikh.. tetapi adalah setiap hari dan selamanya walaupun ibu sudah tiada :) setuju?? Tidak setuju?? Takpe, pendapat saya saje.
Saya telah kehilangan arwah mama saya semasa kecil lagi akibat kanser paru-paru. Ketika itu usia saya baru menginjak 3 tahun setengah. Masa tu, masih kosong dalam fikiran dan masih tak tahu erti kehilangan. Budak kan :) mungkin sebab arwah mama dah sakit dan saya sebagai anak bongsu lebih manja dan rapat dengan ayah. Beliaulah yang mengasuh saya dan hingga kini ayah is my hero.. yg saya fikir kalau ayah tiada pasti teramat sedih perasaan saya.
Walaubagaimanapun, saya tetap ingat wajah arwah mama. Apa yang berlaku semasa hari terakhir arwah bersama kami. Cukup segar terpalit memori itu. Dan di dalam doa harian saya pasti tidak lupakan arwah mama yg telah mengandung, melahirkan dan menyusukan saya. Semoga Allah  merahmati mama di sana dan mama berada di dalam taman-taman syurga.
Sekarang saya ada mama baru :) sikit pun tak terasa asing bersama beliau yg telah berkahwin dgn ayah ketika umur saya 5 tahun. Tidak ada rezeki anak... jadi kami 3 beradiklah yg setia dan manja bersama beliau hingga kini. Mama yg membesar kan dan mendidik kami hingga dewasa. Untungkan saya ada 2 mama ;)
Alhamdulillah.. cantik aturan Allah. Bila saya sendiri telah bergelar ibu kpd 2 org puteri.. saya faham akan naluri keibuan yg lembut dan sgt indah tak dpt dirasai oleh org lain..
Itu kisah saya... kisah anda bagaimana??
Selamat Hari Ibu ;)

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu PITO?

Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) - SEJARAH

Get READY, get SET, GO!!!!!!